Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/35/1.3/2-2024

​THE SUPPLY AND DELIVERY OF HIGH-END COMPUTERS FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 4/12/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:

  1. Tawaran sebutharga hanyalah dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
  1. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam, atau sijil pendaftaran perniagaan.
  1. Tawaran-tawaran mestilah menggunakan borang-borang tawaran yang bercetak oleh kementerian ini ​semasa hari-hari bekerja (Isnin – Khamis dan Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang. Penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn ​
  1. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran sebutharga, nama tawaran sebutharga dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
  1. Pembayaran tawaran sebanyak $5.00 [Lima Ringgit Sahaja] hendaklah dibuat sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga dan tidak dapat dikembalikanPembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi - 11:30 pagi dan 01:30 petang - 3:30 petang (waktu hari bekerja).
  1. Semua tawaran sebutharga hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kedalam:

Peti Kotak Sebutharga
Aras Bawah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan, BS8610
Negara Brunei Darussalam

Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Rabu, 4 Disember 2024.

  1. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
  1. ​Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Version: 1.0
Created at 20/11/2024 4:47 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 20/11/2024 4:47 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //