Bilangan Iklan:KHEDN/39/1.3/4-2024THE SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND COMMISSIONING OF 3KVA RACKMOUNT UPS AND STATIC TRANSFER SWITCH FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 18/12/2024 | Maklumat Perhubungan:Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri | Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebut harga adalah seperti berikut:
1. Tawaran sebut harga hanyalah dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
2. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebut harga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan
Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 dan 17 yang masih sah dan syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai “Sdn. Bhd.” adalah dikehendaki untuk menghadapkan
Certificate of tax Compliance (COTC).
3. Pemohon hendaklah menggunakan borang tawaran yang dikeluarkan oleh Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di
Unit Teknologi Maklumat, Aras Satu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada
jam 8.30 pagi - 11.30 pagi dan
1.30 petang - 3.30 petang (waktu hari bekerja).
4. Setiap borang akan dikenakan
yuran penyertaan sebanyak
BND$5.00 (Lima Ringgit sahaja)
tidak dikembalikan dan
pembayaran bolehlah dibuat di
Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada
jam 8.30 pagi - 11.30 pagi dan
1.30 petang - 3.30 petang (waktu hari bekerja).
5. Borang tawaran sebut harga hendaklah diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed envelope) dan menyatakan dengan jelas tajuk, bilangan sebut harga dan tarikh tutup tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
6. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini bolehlah menghubungi Unit Teknologi Maklumat melalui e-mel moha.it@egnc.gov.bn atau di talian telefon 2223225 ext 150 pada waktu pejabat. 7. Borang tawaran sebut harga hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam:
Peti Kotak Sebut Harga
Aras Bawah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Rabu, 18 Disember 2024. 8. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan atau diterima.
9. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.
| Attachments |
|
|