Bilangan Iklan:KHEDN/42/1.0/7-2024MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KAIN, SINJANG DAN TUDUNG PESERTA-PESERTA PERBARISAN LELAKI DAN PEREMPUAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI SEMPENA PERHIMPUNAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41, TAHUN 2025
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 5/02/2025 | Maklumat Perhubungan:Unit Pentadbiran Dan Kewangan, Tingkat 1, KHEDN | Syarat-Syarat Tawaran.
- Tujuan
1.1. Pembekalan dan penghantaran kain, sinjang, tudung untuk kegunaan Peserta-Peserta Perbarisan Lalu Lelaki dan Perempuan sempena Perhimpunan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025.
- Syarat-Syarat Tawaran
2.1. Syarikat-syarikat yang berhajat menyertai tawaran ini hendaklah menghadapkan borang tawaran yang dikhaskan yang boleh diperolehi di Unit Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1 (Right Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada waktu-waktu bekerja melalui:-
d.a. Urusetia Jawatankuasa Sebutharga, Aras Bawah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610,
2.2. Borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dan memasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti di para 2.1 tidak lewat hari Rabu, 05 Februari 2025, jam 2.00 Petang. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND$5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Leger Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:00 pagi dan 01:30 petang – 03:30 Petang (waktu bekerja). Tawaran-tawaran yang lewat diterima pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.
2.3. Setiap borang tawaran hendaklah mengandungi lampiran-lampiran, salinan-salinan bergambar sijil-sijil pendaftaran syarikat seperti dikehendaki dalam borang tawaran. Kegagalan memenuhi syarat ini akan menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
2.4. Spesifikasi penyediaan kain dan tudung adalah seperti berikut:-
i. Pihak pembekal adalah dialu-alukan untuk menyertakan lebih dari satu tawaran.
ii. Satu unit contoh kain pakaian peserta lelaki dan peserta perempuan dengan saiz minima 0.5 meter persegi, satu unit sinjang, satu unit tudung hendaklah disertakan dan hendaklah ditanda dengan menggunakan dakwat kekal.
iii. Jenis-jenis kain yang dicadangkan oleh pembekal hendaklah juga dinyatakan.
2.5. Hanya syarikat yang berjaya dalam tawaran ini sahaja yang dibenarkan untuk membekal pakaian peserta lelaki dan peserta perempuan, kain sinjang, dan tudung tersebut dan Syarikat yang berjaya dalam tawaran ini akan dimaklumkan secara bertulis.
2.6. Syarikat yang berjaya hendaklah membekalkan kain pakaian lelaki dan peserta perempuan, kain sampin dan tudung tersebut dalam tempoh tidak lewat 7 hari dari tarikh pesanan.
| Attachments |
|
|