Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/1/1.6/1-2025

Membekal dan Menghantar Kain Peserta Lelaki Bagi Majlis Khatam Al-Quran 79 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institut-Institut Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 79 Tahun Bagi Tahun 2025

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 9/04/2025

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Acara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat-syarat tawaran adalah seperti berikut:

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA.

  2. Pembayaran akan dikenakan sebanyak BND$5.00 [Lima Ringgit Sahaja] ​sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Mini Galeri,  Aras Bawah (LW),​ Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

  3. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Mini Galeri,  Aras Bawah (LW),​ Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

  4. Bagi Syarikat/Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan juga Pengesahan Syarikat serta Sijil pendaftaran kontraktor dan Sijil Pematuhan Cukai (COTC) yang terbaharu bagi Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd sahaja. 

  5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (Sealed Envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat. 
     
  6. Borang tawaran hendaklah dimasukkan kedalam:

  7. Peti Kotak Sebutharga,
    ​Aras Bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam​

  1. ​​Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  2. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.​

  3. Borang Untuk Sebarang Pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi Yang Mulia Na'imah Amir ditalian 22223225 atau emel: noor.amir@moha.gov.bn


Attachments
Version: 1.0
Created at 15/03/2025 2:16 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 15/03/2025 2:16 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //