Bilangan Iklan:KHEDN/4/1.3/1-2025FIREWALL LICENSE RENEWAL FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 9/04/2025 | Maklumat Perhubungan:Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri | Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:
- Tawaran sebut harga hanyalah dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
- Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebut harga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan
Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 dan 17 yang masih sah dan syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai “Sdn. Bhd.” adalah dikehendaki untuk menghadapkan
Certificate of tax Compliance (COTC).
- Setiap borang akan dikenakan
yuran penyertaan sebanyak
BND$5.00 (Lima Ringgit sahaja) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di
Kaunter Pembayaran Mini Galeri, Aras Bawah (LW), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Pemohon hendaklah menggunakan borang tawaran yang dicetak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di
Mini Galeri, Aras Bawah (LW), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Borang tawaran sebut harga hendaklah diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed envelope) dan menyatakan dengan jelas tajuk, bilangan sebut harga dan tarikh tutup tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
- Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam Peti Kotak Sebutharga, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang ditujukan kepada:
Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam
- Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini bolehlah menghubungi Unit Teknologi Maklumat melalui e-mel
moha.it@egnc.gov.bn atau di talian telefon 2223225 ext 150 pada waktu pejabat.
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.
| Attachments |
|
|