Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

( 4 )NDMC/TSH/2025-2026

​MAINTENANCE AND REPAIR TO  BUILDING, ELECTRICAL WORKS FOR PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA EVAKUASI (PPSe) JALAN SUBOK​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 14/05/2025

Maklumat Perhubungan:

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC)

Syarat-syarat bagi mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:-

1. Tawaran dibukakan secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berdaftar di bawah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2. Pemborong/ Syarikat hendaklah terlebih dahulu untuk membaca, memahami dan meneliti kesemua skop kerja di dalam Borang Dokumen Tawaran serta mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR termasuk Company Description Form serta memberikan harga tawaran yang jelas.  Sebarang kesilapan dan kerugian disebabkan salah tafsir harga tidak akan dilayan selepas tawaran telah dibuka.

3. Bayaran dokumen tawaran tender / sebutharga bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Bahagian Pengawalan Hiburan Awam Dan Penerbitan, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan BS8610 Negara Brunei Darussalam semasa waktu kaunter beroperasi. Yuran sebanyak BND5.00 (tidak dikembalikan / non-refundable) dikenakan bagi setiap sebutharga.

4. Dokumen tawaran boleh diperolehi di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jalan Landasan Lama Berakas Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bermula pada 28 April 2025 dengan membawa resit asal pembayaran​.

5. Borang tawaran berserta dokumen-dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup (sealed) dan seterusnya dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebutharga Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) tidak lewat pada hari Rabu, 14 Mei 2025 jam 2:00 petang di alamat berikut​t:-

Bilangan Sebutharga: ( 4 ) NDMC/TSH/2025-2026

Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga
Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam.

4. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

5. Pemborong/Syarikat mestilah menyertakan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan Bab 16/ 17/ Business Name Extract yang masih sah dalam bidang berkaitan, Senarai Pemilik Syarikat, Kad Pengenalan pemilik syarikat bagi Warganegara Brunei dan/ atau passport Warganegara Asing, Pengetahuan/ Pengalaman syarikat dan lain-lain keterangan yang berkaitan, EFT keterangan Bank dan Sijil Pematuhan Cukai (Compliance Tax Certificate).

6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima mana-mana tawaran yang rendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.

7. Tertakluk kepada tawaran yang diterima, sokongan akan diberikan kepada lebih daripada satu pembekal.

Attachments
Version: 2.0
Created at 24/04/2025 1:30 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 28/04/2025 11:49 PG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //