Bilangan Iklan:KHEDN/11/1.6/1-2025PEMBEKALAN ‘PAPER BAG’ BERSERTA LOGO DENGAN PERKATAAN “SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-79 TAHUN BAGI TAHUN 2025
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 21/05/2025 | Maklumat Perhubungan:Bahagian Keselamatan dan Kesejahteraan (Hal Ehwal Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan), KHEDN |
Syarat-syarat Penyertaan:
- Penender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Penender hendaklah membuat pembayaran yuran penyertaan di Ruang Legar, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
jam 08:00 pagi – 11:00 pagi dan
01:45 petang – 03:00 petang pada hari Isnin hingga hari Khamis(kecuali hari Sabtu jam 08:00 pagi – 10:30 pagi sahaja).
- Penender hendaklah menggunakan
borang asal yang dikeluarkan oleh Urusetia Jawatankuasa Kerja Penerbitan dan Pencetakan Buku Dirgahayu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di
Bahagian Keselamatan dan Kesejahteraan (Hal Ehwal Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan), Aras 4, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada
jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja).
- Borang Pengakuan Penender hendaklah
diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang bekerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
- Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 / Form X yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik.
Syarikat yang berdaftar Sdn Bhd adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).
- Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan
Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti Syarikat.
- Borang tawaran hendaklah
dikembalikan dan dimasukkan ke dalam
PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: :
PENGERUSI, JAWATANKUASA SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI, JALAN JAMES PEARCE, BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
- Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan
tidak akan dilayan.
- Mana-mana perubahan harga samaada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
- Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan.
- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
- Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Kementerian ini, Nur ‘Anis Amirah binti Md. Amin, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Bahagian Keselamatan dan Kesejahteraan (Unit Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ditalian 2223225.
| Attachments |
|
|