Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

15/JPB/SH/2025

​MEMBEKALKAN BAHAN MENTAH CATUAN MAKANAN BAGI PENJARA LELAKI MARABURONG FASA 3 BAGI TEMPOH 1 BULAN MULAI 1 OGOS 2025 HINGGA 31 OGOS 2025

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 29/07/2025

Maklumat Perhubungan:

Unit Kewangan, Jabatan Penjara

SYARAT TAWARAN SEBUTHARGA

1.     Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Syarikat -Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
 
2.     Sebutharga hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan dan hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed). Pada bahagian atau sampul surat tersebut hendaklah ditulis Bilangan Tawaran Sebut Harga dan nama Tawaran Sebut Harga sepertimana yang diiklankan tanpa menunjukkan identiti syarikat/pemborong dan ditujukan kepada:-

PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
JABATAN PENJARA,
BANGUNAN PENTADBIRAN PUSAT LATIHAN, JABATAN PENJARA,
SIMPANG 1111, KAMPONG BUKIT PANGGAL,​​
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
3.     Tarikh tutup bagi Sebut Harga tersebut ialah pada hari Selasa 29 hb Julai, 2025 tidak lewat jam 2.00 petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
 
4.     Borang-borang Sebut Harga boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Simpang 1111, Kampung Bukit Panggal,  Negara Brunei Darussalam.
 
5.     Waktu-waktu menerima atau mengambil borang adalah seperti berikut:
ISNIN – KHAMIS
8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
HARI SABTU
8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

6.  Setiap borang Sebut Harga yang telah lengkap diisikan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan, salinan Resit Pembayaran Dokumen Tawaran, salinan Kad Pengenalan, Borang Pengakuan (Declaration Form), Borang Senarai Pemilik Syarikat serta katalog yang berkaitan.
 
7.  Yuran Tawaran (Tender Fee) sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND 5.00) dikehendaki dibuat dengan WANG TUNAI sahaja dan tidak dikembalikan.  Pembayaran hendaklah dibayar di Bahagian Kewangan, Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Simpang 1111, Kampung Bukit Panggal, Negara Brunei Darussalam semasa waktu-waktu bekerja.
 
8.  Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran​.

9.   Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi  Awang Rahimi bin Haji Lamit dan Awang Mohammad Julaslan bin Ibrahim, Unit Kewangan, Jabatan Penjara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui talian telefon 4240323 pada waktu pejabat.


Attachments
Version: 1.0
Created at 14/07/2025 11:09 PG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 14/07/2025 11:09 PG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //