SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Tarikh tutup tawaran ialah pada Hari Rabu, 30 Julai 2025, jam 2.00 petang. Mana-mana tawaran yang lewat diterima pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh peti sebutharga ditutup.
2. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:00 petang (pada hari Isnin hingga Khamis) dan pada jam 08:30am – 10:30am (pada hari Sabtu).
3. Syarikat-Syarikat Pengendali Kursus dan Latihan berdaftar yang mengemukakan dokumen sebutharga tanpa membuat bayaran yuran sebutharga atau gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pembangunan Kapabiliti (HRD), Bahagian Pengurusan Strategik dan Pembangunan Kapabiliti dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri semasa hari-hari bekerja pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:00 petang (pada hari Isnin hingga Khamis) dan pada jam 08:30am – 10:30am (pada hari Sabtu).
5. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
6. Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik serta Salinan Resit Pembayaran bagi syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. Kegagalan dalam menyediakannya boleh menyebabkan tawaran yang dihadapkan tidak sah dan tidak dinilai. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).
7. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
8. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
9. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.
10. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
11. Sebarang dokumen sebutharga yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
12. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh
emel kepada Dayang Nur Amanina binti Haji Zunaidi, Unit Pembangunan Kapabiliti, Bahagian Pengurusan Strategik dan Pembangunan Kapabiliti, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di amanina.zunaidi@moha.gov.bn.
13. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JALAN JAMES PEARCE
BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM