Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/30/1.0/2-2025

​MEREKABENTUK, MEMBUAT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR CENDERAMATA BAGI PESARA-PESARA BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 2024

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 13/08/2025

Maklumat Perhubungan:

Unit Pentadbiran Dan Kewangan, Tingkat 1, KHEDN

​SYAR​AT-SYARAT PENYERTAAN:

1. Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat /Pemborong-Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam.​

3. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada setiap Hari Isnin hingga Khamis jam 08:00 pagi – 11:00 pagi dan 01:45 petang – 03:00 petang dan Hari Sabtu jam 08:00 pagi - 10:30 pagi (waktu hari bekerja)

4. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada setiap Hari Isnin-Khamis dan Sabtu jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:45 petang – 03:00 petang (waktu hari bekerja).

5. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.

6. Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. Adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).

7. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.

8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

9. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat. 

10. Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.

11. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.

12. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Noraffina Syahirah, +673 727 7749 atau Awang Zaidin bin Ahmad, +673 885 8240, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pada waktu pejabat.

13. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, ARAS BAWAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -

PENGERUSI
​JAWATANKUASA SEBUTHARGA
KEMENTERIAH HAL EHWAL DALAM NEGERI
JALAN JAMES PEARCE
BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Attachments
Version: 5.0
Created at 31/07/2025 11:13 PG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 31/07/2025 4:36 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //