Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/UTM/LTK/04-2025

​THE SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, CONFIGURATION, TESTING AND COMMISSIONING OF CABLING WORKS AND NETWORK EQUIPMENT FOR DEPARTMENTS UNDER THE MINISTRY OF HOME AFFAIRS


Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 16/09/2025

Maklumat Perhubungan:

Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
  1. Bagi syarikatsyarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebut harga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 dan 17 yang masih sah dan syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai “Sdn. Bhd.” adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of tax Compliance (COTC).
  1. Pemohon hendaklah menggunakan borang tawaran yang dicetak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Unit Teknologi Maklumat, Aras 1, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri​. 
  1. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak BND$30.00 (Tiga Puluh Ringgit sahaja) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri,   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 8.00 pagi - 11.00 pagi dan 1.45 petang - 3.00 petang (waktu hari bekerja). 
  1. Borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed envelope) dan menyatakan dengan jelas tajuk, bilangan sebut harga dan tarikh tutup tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
  1. ebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini bolehlah menghubungi Unit Teknologi Maklumat melalui e-mel moha.it@egnc.gov.bn atau di talian telefon 2223225  ext 150 pada waktu pejabat.​
  1. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran tersebut hendaklah mengikuti Info Day (Site survey) yang akan diadakan pada:
    Hari Isnin, 8 September 2025 jam 9.00 pagi di Penjara Maraburong dan jam 2.00 ptg di Penjara Jerudong​​
  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Version: 1.0
Created at 27/08/2025 3:23 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 27/08/2025 3:23 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //