SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong yang berdaftar dengan
Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam .
3. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bermula jam 08:00 pagi hingga 11:00 pagi dan 01:45 petang hingga 03:00 petang (hari Isnin hingga Khamis) dan 08:00 pagi hingga 10:30 pagi (hari Sabtu).
4. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Bahagian Daerah, Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri jam 08:00 pagi hingga 11:00 pagi dan 01:45 petang hingga 03:00 petang (waktu hari bekerja).
5. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang
mengikuti tawaran.
6. Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah
yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad
pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).
7. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan
menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
8. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,
JALAN JAMES PEARCE,
BANDAR SERI BEGAWAN,BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
9. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
10. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan
harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
11. Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.
12. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
13. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Bahagian Daerah, Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri melalui telefon 2223225 atau emel bahagian.daerah@moha.gov.bn.