10. Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.
11. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
12. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Siti Nurhidaayah binti Barahan, Unit Perburuhan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui emel siti.barahan@moha.gov.bn atau Adi Syohreni binti Abdul Hadi, Unit Penyelidikan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui emel shoyreni.hadi@moha.gov.bn
13. Syarikat juga adalah dikehendaki menghadapkan Surat Kesanggupan Penyediaan Barangan Anak Damit pada tarikh yang dinyatakan dan yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (tertakluk jika ada perubahan) termasuk kemungkinan bagi sejumlah barangan yang dibekalkan awal untuk dikembalikan kepada Syarikat tertakluk kepada jumlah kelahiran anak damit pada 15 Julai 2026.
14. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, ARAS BAWAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA
KEMENTERIAH HAL EHWAL DALAM NEGERI
JALAN JAMES PEARCE
BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM