1. Sebut harga ini adalah dipelawa kepada Syarikat -Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2. Sebutharga hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan dan hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed). Pada bahagian atau sampul surat tersebut hendaklah ditulis Bilangan Tawaran Sebut Harga dan nama Tawaran Sebut Harga sepertimana yang diiklankan tanpa menunjukkan identiti syarikat/pemborong dan ditujukan kepada:-
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
JABATAN PENJARA,
BANGUNAN PENTADBIRAN PUSAT LATIHAN, JABATAN PENJARA,
SIMPANG 1111, KAMPONG BUKIT PANGGAL,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
3. Tarikh tutup bagi Sebut Harga tersebut ialah pada hari
Selasa 26hb Mei, 2026 tidak lewat jam
2.00 petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Borang-borang Sebut Harga boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Simpang 1111, Kampung Bukit Panggal, Negara Brunei Darussalam.
5. Waktu-waktu menerima atau mengambil borang adalah seperti berikut:
ISNIN – KHAMIS
| 8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
|
HARI SABTU
| 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
|
6. Setiap borang Sebut Harga yang telah lengkap diisikan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17, salinan Resit Pembayaran Dokumen Tawaran, salinan Kad Pengenalan.
7. Yuran Tawaran (Tender Fee) sebanyak Lima Dollar Brunei sahaja (BND$5.00) dikehendaki dibuat dengan WANG TUNAI sahaja dan tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibayar di Bahagian Kewangan, Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Simpang 1111, Kampung Bukit Panggal, Negara Brunei Darussalam semasa waktu-waktu bekerja.
8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
9. Pemohon dikehendaki mengisi Borang DEC (Declaration form) seperti yang dilampirkan bersama Borang Tawaran. Jika pemohon mempunyai lebih satu Syarikat dan/ atau mempunyai pertalian keluarga dalam Syarikat-Syarikat lain yang menyertai tawaran yang sama hendaklah menulis dan menyenaraikan dalam Borang Pengakuan.
10. Pemohon yang mempunyai ”Nature of Business” didalam bidang pembekalan berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan didalam Sijil Pendaftaran 16 & 17, akan diutamakan.
11. Jika Tuan / Puan punya Syarikat berlainan dengan Pengurus Syarikat, hendaklah menyertakan Surat Pengesahan / Pengakuan Lantikan Pengurus Syarikat berkenaan oleh Tuan / Puan punya Syarikat itu.
12. Syarikat yang berdaftar sebagai Sendirian Berhad hendaklah menyertakan salinan Certificate of Tax Compliance (COTC).
13. Syarikat hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan salinan Penyata Pekerja Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang Terkini.
14. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Wadar 578 Mohamad Bungsu bin Haji Munap, Jabatan Penjara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui talian telefon 4240336 pada waktu pejabat.