Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/34/1.3/1-2026

​THE SUPPLY AND DELIVERY OF HIGH-END COMPUTERS FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS AND ITS DEPARTMENT.

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 12/08/2026

Maklumat Perhubungan:

Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​​

SYARAT TAWARAN SEBUTHARGA

1.     Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

2.     Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam.

3.    Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pada waktu bekerja seperti berikut:

HariJam
Isnin hingga Khamis8:00 pagi hingga 11:00 pagi1:45 petang hingga 3:00 petang
Sabtu8:00 pagi hingga 10:30 pagiTutup

 4.    Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pada waktu bekerja seperti berikut:

HariJam
Isnin hingga Khamis8:00 pagi hingga 11:00 pagi1:45 petang hingga 3:00 petang
Sabtu8:00 pagi hingga 10:30 pagiTutup

5.    Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran. ​

6.   Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. Adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).

7.    Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong. 

8.    Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

9.    Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.

10.   Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.

11.    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.

12.    Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui emel moha.it@egnc.gov.bn atau ditalian telefon 2223225 ext 155 pada waktu pejabat.

13.    Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: - 

PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,
JALAN JAMES PEARCE,
BANDAR SERI BEGAWAN,BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM





PERINGATAN – Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran atau kontrak diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispanduan di dalam Peraturan-Peraturan Kewangan, 2022. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.











Attachments
Version: 4.0
Created at 29/07/2026 2:45 PTG by syarafuddin.salleh
Last modified at 29/07/2026 2:51 PTG by syarafuddin.salleh
Iklan //