Bilangan Iklan:KHEDN/35/1.2/16-2026Kerja-Kerja Pembaikan dan Pemasangan Papan Tanda Nama Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Di Negara Brunei Darussalam Bagi Tahun 2026
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 19/08/2026 | Maklumat Perhubungan:Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri | SYARAT-SYARAT PENYERTAAN: -
Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
-
Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas TERBUKA dalam Kategori TERBUKA di Negara Brunei Darussalam.
-
Setiap borang akan dikenakan
yuran penyertaan sebanyak
Lima Dollar Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di
Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada waktu bekerja seperti berikut:
HARI
|
JAM |
PAGI
|
PETANG | Isnin hingga Khamis
| 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
| 1.45 petang hingga 3.00 petang | Sabtu
| 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
| Tutup |
- Pemohon hendaklah menggunakan
borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di
Kaunter Mengambil Borang Tawaran / Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada waktu bekerja seperti berikut:-
HARI
|
JAM |
PAGI
|
PETANG | Isnin hingga Khamis & Sabtu
| 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
| 1.45 petang hingga 3.00 petang |
- Borang Pengakuan Penender hendaklah
diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang bekerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
-
Borang Sebutharga hendaklah
disertakan salinan
Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).
-
Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan
Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
-
Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan
TIDAK AKAN DILAYAN.
-
Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
-
Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.
-
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
-
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini boleh menghubungi Awang Mohammad Shazry Walliuddin bin Shamsuddin, Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui emel
shazry.shamsuddin@moha.gov.bn atau di talian telefon
222 3224 ext 174 pada waktu pejabat.
-
Borang tawaran hendaklah
dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada:-
PENGERUSI
JAWATAN SEBUTHARGA
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JALAN JAMES PEARCE
BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERINGATAN - Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran atau kontrak diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispanduan di dalam Peraturan-Peraturan Kewangan, 2022. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
| | Attachments |
|
|