Sign In
Web Creator

BANCI TAHUNAN MAJIKAN/PEKERJA, GAJI, PENDAPATAN DAN JAM BEKERJA BAGI TAHUN 2022 MELALUI ATAS TALIAN BUSINESS REPORTING SYSTEM [BRS]

​1. Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan melaksanakan Banci Tahunan Majikan/Pekerja, Gaji, Pendapatan Dan Jam Bekerja Bagi Tahun 2022, menggunakan kaedah ATAS TALIAN, melalui BRUNEI REPORTING SYSTEM [BRS] di laman jaringan www.business.mofe.gov.bn/SitePages/OBR.aspx. 

 

2. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini memohon kerjasama semua Entiti Perniagaan, Institusi Swasta, Koperasi, Persatuan, Kelab dan BadanBadan Berkanun di Sektor Swasta yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam, samada yang mempunyai Lesen Pekerja Asing [LPA], ataupun yang hanya menggaji tenaga kerja yang terdiri daripada anak-anak tempatan (tiada pekerja asing), yang masih berkhidmat sehingga/ pada 30hb Oktober 2022, supaya akan dapat memberikan/melengkapkan maklumatmaklumat para pekerja (tempatan dan asing) termasuk majikan/pemilik/pengurus, di bawah tanggungan Entiti Perniagaan, Institusi Swasta, Koperasi, Persatuan, Kelab dan Badan-Badan Berkanun berkenaan ke dalam Borang Banci yang disediakan di laman jaringan www.business.mofe.gov.bn/SitePages/OBR.aspx. 

 

3. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan Rumahtangga /Persendirian adal​ah diKECUALIKAN dari melengkapkan maklumat Banci berkenaan. 

 

4. Maklumat Banci berkenaan bolehlah dilengkapkan melalui kaedah ATAS TALIAN di laman jaringan www.business.mofe.gov.bn/SitePages/OBR.aspx dengan menggunakan nama pendaftaran [username] majikan/pemilik/pengurus yang diperolehi melalui pendaftaran E_Darussalam. Tatacara melengkapkan maklumat Banci juga boleh dimuatturun dari laman jaringan www.business.mofe.gov.bn/SitePages/OBR.aspx atau www.labour.gov.bn 

 

5. Maklumat Banci yang telah dilengkapkan HANYA akan dapat diterima melalui kaedah ATAS TALIAN di laman jaringan www.business.mofe.gov.bn/SitePage​s/OBR.aspx mulai 31 Oktober 2022 dan tarikh akhir penerimaan maklumat Banci ialah pada 30 November 2022. 

 

6. Pihak majikan/pemilik/pengurus adalah disarankan dan dipohonkan untuk sebolehnya dapat melengkapkan maklumat banci Entiti Perniagaan, Institusi Swasta, Koperasi, Persatuan, Kelab dan Badan-Badan Berkanun sendiri. Ini adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat sulit banci oleh pihak ketiga yang telah diamanahkan untuk melengkapkan maklumat banci mereka.


 7. Resit Penyata Banci Majikan/Pekerja 2021 yang telah dikeluarkan bagi Banci Tahunan Majikan/Pekerja 2021 adalah dimansuhkan dan tidak dapat digunakan lagi mulai 31 Oktober 2022. 


 8. Banci Tahunan Majikan/Pekerja, Kadar Gaji Pendapatan dan Jam-Jam Bekerja adalah mengikut Peruntukan Akta Maklumat Pekerjaan 1974, Penggal 99 di bawah Seksyen 3(1). Menurut Seksyen 8(1) dalam Akta berkenaan, mana-mana majikan yang a) sengaja menolak atau mengabaikan untuk memberikan butir-butir atau maklumat yang diperlukan dalam masa yang dibenarkan, atau b) dengan sengaja memberi atau butirbutir atau maklumat palsu; atau c) enggan menjawab, atau dengan sengaja memberikan jawapan palsu dalam soalan yang perlu untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau butir-butir yang dikehendaki di bawah Akta ini, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda sebanyak Dua Ribu Lima Ratus Ringgit ($2,500.00) dan penjara enam (6) bulan, da​n jika berterusan denda sebanyak Lima Puluh Ringgit ($50.00) sehari akan dikenakan. 


 9. Untuk mendapatkan penerangan lanjut, sila rujuk ke: Kaunter Perkhidmatan Kajian dan Perangkaan, Ruang Legar Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis Negara Brunei Darussalam [Tel: 2383006/2380256 sambungan 1104/4503/4504] E-mel: banci.buruh@buruh.gov.bn Laman web: http://www.labour.gov.bn 


 10. Kaunter perkhidmatan beroperasi pada masa-masa berikut:- Hari:- Isnin – Khamis & Sabtu [tidak termasuk Cuti Awam] Pagi:- 8.00 Pagi – 11.30 Pagi Petang:- 1.45 petang – 3.30 Petang

Created at 3/11/2022 3:02 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 3/11/2022 3:05 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Pengumuman //