Sign In
Web Creator

DAFTAR LESEN ANJING

​1.Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa para pemilik anjing peliharaan atau yang baharu memiliki anjing supaya mendaftarkan anjing mer​eka dan seterusnya mendapatkan lencana anjing sebelum 1 Februari 2023. 

2. Anjing-anjing peliharaan yang didaftarkan hendaklah berusia tiga (3) bulan ke atas sebelum 01 Februari pada tiap-tiap tahun sama ada anjing yang baru dimiliki ataupun mana-mana anjing peliharaan yang pernah didaftarkan lesen dan lencana anjing sebelum ini dan telah tamat tempoh. Harga lesen anjing bagi setiap seekor anjing adalah $5.00 manakala bayaran pendaftaran bagi mendapatkan lencana anjing adalah berharga $3.00. Pendaftaran bolehlah dibuat di kaunter-kaunter berikut: 

2.1 Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri

 • Hari Isnin hingga hari Khamis dari pukul 8.15 pagi hingga 3.00 petang; dan 

• Hari Sabtu dari pukul 8.15 pagi hingga 10.30 pagi sahaja. 

2.2 Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria Kaunter Pembayaran, Aras Bawah Bangunan Utama Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jalan McKerron Kuala Belait KA1131 

• Hari Isnin hingga hari Khamis dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang; dan 

• Hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja. 

2.3 Jabatan Bandaran Tutong Kaunter Jabatan Bandaran Tutong, Aras Bawah Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Bukit Bendera 

• Hari Isnin hingga hari Rabu dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.45 petang hingga 2.45 petang; 

• Hari Khamis dari pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.45 petang hingga 2.45 petang; dan 

• Hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi 

3. Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Bab (4) dari Akta Anjing Penggal 60, jika pemilik anjing gagal mendaftarkan anjing-anjing peliharaan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda $250.00 atau 14 hari penjara bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh dijatuhi hukuman denda $500.00 atau sebulan penjara. 

4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengingatkan pemilik anjing supaya anjing yang telah didaftarkan perlulah dikalungkan lencana pada setiap masa. Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai lencana anjing tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut juga adalah satu ​kesalahan dibawah Bab (5) dari Akta Anjing Penggal 60 iaitu dikenakan denda $250.00 atau sebulan penjara. 

5. Pemilik anjing peliharaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anjing-anjing peliharaan mereka untuk sentiasa berada di dalam kawasan rumah sahaja sama ada di kandang / sangkar atau ditambat. 6. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran anjing peliharaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan di talian 2232426 ext 303; Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian 3335567 / 3347495; dan Jabatan Bandaran Tutong di talian 4221009 / 8282965. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam 29hb., Rabiulakhir 1444H bersamaan 24hb., November 2022M

Created at 26/11/2022 12:42 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 26/11/2022 12:42 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Pengumuman //