Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan di Pasar Gadong kini sedang giat dilaksanakan. Sehubungan ini, penutupan kawasan di Pasar Gadong akan dilaksanakan secara berfasa mengikut keperluan kerja pembaikan yang dijalankan.
Tempoh kontrak bagi kerja-kerja pembaikan tersebut adalah selama dua (2) bulan. Dalam tempoh berkenaan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan pembaikan demi memastikan keselamatan semua pihak.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memohon kerjasama dan kefahaman orang ramai atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut.