BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 29 Ogos 2016 – Sidang
media mengenai mengemaskini maklumat hartanah di kawasan-kawasan
Lembaga-Lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam bermula dari 1 Ogos
2016 sehingga 31 Mac 2017, telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sidang
Media tersebut ialah menerangkan matlamat projek pengemaskinian
Property Inventory Database iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
melalui Jabatan-Jabatan Bandaran sedang melaksanakan projek kerja-kerja
pengumpulan data hartanah (Property Inventory Database – PID)
dalam kawasan Lembaga-Lembaga Bandaran bertujuan bagi mengemaskini
maklumat data hartanah untuk penyediaan pengkalan data hartanah
(database), agar lebih teratur, bersistematik dan terkini.
Kerja-kerja
dilapangan bagi projek ini dilaksanakan bermula 1 Ogos 2016 hingga 31
Mac 2017. Dalam tempoh tersebut, pengumpul data yang dilantik akan
membuat notis perjanjian dengan pemilik-pemilik hartanah seterusnya
memasuki, memeriksa dan mengukur mana-mana rumah, bangunan atau hartanah
di kawasan-kawasan dibawah kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran di Negara
Brunei Darussalam pada tarikh yang ditentukan.
Kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri, memohon agar pemilik-pemilik Hartanah
memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja pengumpulan data
Hartanah dijalankan.
Sukacitanya
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan kepada orang ramai
terutamanya pemilik-pemilik hartanah mahupun penghuni-penghuni hartanah
yang terlibat bahawa pengumpul data yang dilantik boleh dikenalpasti
kerana mereka memiliki kad pengenalan diri dan juga memakai pakaian
seragam yang dikhususkan bagi projek ini.
Sebarang
pertanyaan, orang ramai bolehlah merujuk perkara ini di talian
+6732232225 (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri), +6732244151 (Jabatan
Bandaran Bandar Seri Begawan), +6733337081 (Jabatan Bandaran Kuala
Belait dan Seria), dan +6734221232 (Jabatan Bandaran Tutong) semasa
waktu pejabat (Isnin hingga Khamis & Sabtu) dari jam 8.00 pagi
hingga 12.00 tengahari dan jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.
Sidang Media juga diteruskan dengan taklimat penerangan mengenai projek
tersebut yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Rasidah Binti
Haji Ghani, Pegawai Bandaran selaku Pengurus Projek, Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri