
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 79 KALI KHATAM AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG, PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH DAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE 79
Peserta khatam seramai 1,708 adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis
Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah iaitu kategori
dewasa lelaki, dewasa perempuan, belia dan beliawanis serta penuntutpenuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sekolah Arab
dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), kanak-kanak lelaki dan perempuan
yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah ugama
Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu dari sekolah-sekolah Arab dan Al-Falah,
sekolah-sekolah ugama, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun,
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan STAR serta penuntut-penuntut
sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan institusiinstitusi pengajian tinggi.

MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK PERJANJIAN PEMBEKALAN JENTERA LIGHT FIRE ATTACK VEHICLE (LFAV) DAN THE SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND COMMISSIONING OF E-GATES
Projek-projek Pembekalan Jentera Light Fire Attack Vehicle (LFAV) dan Projek
pembekalan E-gates ini adalah merupakan projek-projek di bawah Rancangan
Kemajuan Negara Ke-12, dimana LFAV dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat manakala E-Gates adalah projek Jabatan Imigresen dan
Pendaftaran Kebangsaan.

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA ANAK-ANAK DAMIT YANG LAHIR PADA 15HB., JULAI 2025 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM YANG KE-79 TAHUN
2. Pada tahun ini seramai 16 anak damit telah dilahirkan pada 15 haribulan Julai
2025 dimana 12 anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha, tiga anak damit telah dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan (HSSB) dan
seorang anak damit telah dilahirkan di Jerudong Park Medical Centre. Anak damit
pertama telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha manakala
anak damit terakhir telah dilahirkan di Jerudong Park Medical Centre.